Bidang PSV


1. Menggambar
2. Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Kraf Tradisional


BIDANG 1


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas              : 6 Bestari
Bil. Pelajar     : 30 Orang
Tarikh             : 27 September 2012
Masa              : 1 jam (60 minit)
Bidang           : Menggambar
Tajuk             :   Lukisan
Tema              : Alam Semulajadi


HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran murid dapat:-
1.  Mengenalpasti ciri-ciri istimewa kesan bahan dalam alam semulajadi untuk menghasilkan garisan.
2. Menghasilkan pelbagai jenis garisan dengan menggunakan bahan daripada alam semulajadi.
3. Menghasilkan gambar daun kering, ranting atau bunga kering melalui berbagai jenis garisan.
4.   Memupuk semangat kerjasama serta kekemasan kerja.

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID
1.      Mengenali berbagai jenis garisan.
2.      Mengetahui garisan yang pelbagai dapat menghasilkan gambar yang menarik.
3.      Mengetahi kesan media kering (dry-media)

PERSEDIAAN MURID
1.    Kertas warna bersaiz A4
2.    Pensel
3.    Daun kering, ranting kayu, lidi dan lain-lain

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
1.    LCD
2.    Contoh karya yang telah siap
3.    Komputer riba

PENERAPAN NILAI
- Bekerjasama, kekemasan dan kebersihan.

KBKK
1.  Menjana idea dalam penghasilan gubahan fikiran menggunakan bahan yang berlainan dari kebiasaan.
2.   Kritis- mencirikan/ mengelaskan, membandingkan- membezakan
3.   Kreatif- menjana idea, mereka cipta



Isi Pelajaran
Aktiviti Guru
Catatan
Set Induksi
(5 minit)

Soalan:
Apakah murid lihat pada slide yang ditunjukkan?
Jawapan:
Pokok, pokok bunga,ranting kayu dan lain-lain.




1.    Guru memaparkan slide gambar alam sekitar seperti pokok, pokok bunga, ranting dan sebagainya
2.    Guru mengadakan sesi soal jawab berpandukan slide.
3.    Guru memfokuskan isi pelajaran hari ini iaitu daun-daun kering, ranting kayu yang unik.
ABM:
Slide gambar alam sekitar



Langkah 1
(8 minit)
Perkaitan bahan, media dan teknik.

Jawapan:
Jenis-jenis garisan nipis, tebal, berselerak, melengkung, berulang dan sebagainya.
1.    Guru menunjukkan contoh bahan alam benda (lidi, ranting, bulu ayam, daun, lalang dan lain-lain) yang boleh digunakan sebagai bahan untuk melukis.
2   .Guru meminta murid menyatakan jenis-jenis garisan yang digunakan untuk menghasilkan lukisan bergambar.
3.   Guru menunjukkan cara  
      menghasilkan berbagai   
      garisan menggunakan 
      bahan alam benda seperti
      ranting, rumput, dedaun,
      dan sebagainya.
BBM:
Pensel
Pemadam
Kertas lukisan

Langkah 2
(7 minit)
Aktiviti mengutip daun dan ranting kering di luar kelas.
1.    Murid dikehendaki mencari daun-daun kering dan ranting di luar kelas yang berhampiran untuk dijadikan bahan untuk melakar.
BBM:
Daun/ranting kering
Langkah 2 (30 minit)
Akitiviti melakar dan melukis



1.    Guru memberi arahan kepada murid untuk memulakan tugasan.
2.    Murid mula melukis dan melakar gambar daun kering, ranting yang dipilih untuk melukis.

BBM:
Pensel
pemadam
kertas lukisan
Penutup
(10 minit)
Sesi apresiasi dan refleksi

1.    Guru meminta murid mempamerkan hasil kerja lukisan mereka.
2.    Guru merumuskan dan menerangkan tentang kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada hasil kerja murid-murid.
BBM
Contoh lukisan murid yang telah siap





BIDANG 2


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 1

Bidang           : Membuat corak dan rekaan
Aktiviti            : Lukisan
Tema              : Alam Benda
Tajuk              : Corak Motif Huruf
Masa              : 60 minit
Media             : Alat - (tiada)
                          Bahan – kertas lukisan, pensel warna, oil pastel atau krayon                     

Bahan Bantu Mengajar : Contoh corak teknik lukisan dan CD lagu
EMK               : Elemen kreatif dan inovatif
                          TMK

STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : rupa, warna, garisan, kontra, dan imbangan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik lukisan.
2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan corak.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan corak.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada karya seni.
 1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Garisan – bersilang
1.1.1.2 Rupa – geometri
1.1.1.3 Warna – primer dan sekunder
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Kontra – warna
1.1.2.2 Imbangan – bentuk

1.2 Aplikasi Seni
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Alat – (tiada)
1.2.1.2 Bahan – kertas lukisan,krayon atau oil pastel
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya.
1.2.2.1 Teknik – lukisan (corak terancang)
1.3 Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan k kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
1.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
1.4 Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan



Standard Pembelajaran
Ilustrasi Aktiviti

Persepsi estetik
 Guru meminta murid menyanyikan lagu „ABC‟ dengan iringan muzik.
 Murid menyatakan satu huruf yang paling disukai oleh mereka.
 Guru menunjukkan contoh-contoh corak bermotifkan huruf kepada murid.
 Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur garisan, warna, rupa, imbangan, dan kontra.

Aplikasi seni
 Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat aktiviti corak teknik lukisan.
 Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan media dalam penghasilan corak teknik lukisan.

Ekspresi kreatif
 Murid menghasilkan corak teknik lukisan dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.

Langkah 1
 Tuliskan huruf yang dipilih secara berulang

Langkah 2
 Warnakan huruf yang dipilih dengan menggunakan pelbagai warna.

Langkah 3
 Guru membimbing murid menjalankan aktiviti mencorak dengan teknik lukisan.




Apresiasi Seni
 Murid mempamerkan hasil kerja.
 Murid menceritakan hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.


BBM: mp3 lagu  ABC







 
























BIDANG 3


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 1

Bidang           : Membentuk dan Menbuat Binaan
Tahun            : 1 Nilam
Aktiviti                        : Model
Tema              : Alam Benda
Tajuk              : Kotak
Masa              : 60 minit
Media             : Alat – gunting
                          Bahan – kertas lukisan, pensel warna dan gam        

Bahan Bantu Mengajar : Projektor, Power Point
EMK               : Elemen kreatif dan inovatif
                          TMK

STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan: rupa, bentuk, warna, dan imbangan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan model kotak.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media   dan teknik dalam penghasilan model.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan model.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik: Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada karya seni.
1.1.1 Unsur Seni 3.1.1.1 Rupa – geometri
1.1.1.2 Bentuk – 3D (konkrit)
1.1.1.3 Warna – primer dan sekunder
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Imbangan – semetri

1.2 Aplikasi Seni: Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
1.2.1.1 Alat – gunting
1.2.1.2 Bahan – kertas lukisan, gam
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan binaan
1.2.2.1 Teknik – membentuk

1.3 Ekspresi Kreatif: Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
1.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
1.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual

1.4 Apresiasi Seni: Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
1.4.3 Mengetahui kaitan seni visual dengan mata pelajaran lain
1.4.4 Menghargai karya sendiri dan rakan
EMK : Kreativiti dan Inovasi
Standard Pembelajaran
Ilustrasi Aktiviti

Persepsi estetik
 Guru menunjukkan beberapa gambar kotak
 Guru mendapatkan pendapat murid tentang jenis kotak yang murid tahu
 Guru menunjukkan beberapa gambar kotak yang pelbagai jenis dan corak
 Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur garisan, warna, rupa, imbangan, dan kontra.

Aplikasi seni
 Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat kotak
 Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan media dalam penghasilan kotak

Ekspresi kreatif
 Murid menghasilkan kotak dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.

Langkah 1
 Sediakan kertas lukisan dan warna pastel manakala contoh  pelan kotak (diberikan oleh guru)




Langkah 2
 Murid melukis atau membuat corak pada pelan kotak yang telah dilukis.



Langkah 3
 Potong pelan kotak mengikut saiz yang telah di lukis.



Langkah 4
 Gamkan bahagian tepi setiap pepenjuru kertas tersebut
 Guru membimbing murid menjalankan aktiviti mereka bentuk kotak mengikut kreativiti murid.


Apresiasi Seni
 Murid mempamerkan hasil kerja.
 Murid menceritakan hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.


BBM: Power Point



Gambar kotak yang pelbagai jenis
dan corak

















B IDANG 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 5

Mata Pelajaran        : Pendidikan Seni Visual
Kelas                         : 5 Semarak.
Tarikh                        : 29 September 2011
Masa                          : 8.00-9.00 pagi. (1 Jam)
Bilangan Murid       : 24 orang.
Bidang                      : Mengenal Kraf Tradisional
  (Memperkenalkan idea penolakan warna).
Tajuk                         : Corak Bunga

Objektif                     
: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 
  1. Menyedari adanya kesan penolakan warna air pada lilin dan krayon.
  2. Mengetahui lilindan krayon mempunyai sifat kalis air.
  3. Menghasilkan corak bunga dengan menggunakan kaedah melilin.
  4. Berbangga dengan hasil corak batik yang dibuat.

Pengalaman  Sedia ada
  • Murid pernah menggunakan krayon atau warna air pada pengajaran lepas.

Aktiviti                      
  1. Menggunakan lilin atau krayon untuk membuat berbagai-bagai jenis garisan, titik atau objek lain di atas  kertas. 
  2. Menyapukan permukaan kertas dengan warna air untuk mendapatkan penolakan warna.
  3. Mempamerkan hasil kerja kepada kelas.
Alat/Bahan Bantu Mengajar: 
  • Contoh kain batik. 
  • Lilin atau krayon.
  • Warna air.
  • Kertas lukisan.
  • Berus lukisan.
  • Pensel.
Penerapan Nilai         : 
  • Bekerjasama.
  • Tekun membuat kerja.
  • Teliti. 
  • Mendengar arahan guru dengan betul.
  • Menjaga kebersihan
KBKK                       :
Menghubungkait, menjana minda, mengaplikasi, Mengenal pasti kegunaan alat dan bahan.







Langkah / Masa
Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan / ABM / BBM
Set Induksi
(7 minit)
Slide gambar kain batik

Soalan:
1.    Negeri pengeluar utama batik?
2.    Batik boleh digunakan untuk apa?
Jawapan:
1.    Kelantan dan Terengganu
2.    Pakaian, alat perhiasan dan lain-lain.
1.    Murid melihat contoh gambar kain batik. (slide)
2.    Beberapa orang murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru berdasarkan gambar yang dilihat.
   
3.    Murid memberikan beberapa ciri terdapat pada corak batik yang ditunjukkan.
-Warna
-Bentuk
-Imbangan
-Kesan jalinan
-Motif



ABM :
LCD, laptop

BBM :
Contoh kain batik.
Batik lukis
Batik cap

Konstruktivisme.

KBKK:
Membuat inferens
Langkah 1
(10 minit)
Pengenalan alat dan bahan yang akan digunakan.
Demonstrasi penggunaan alat dan bahan. (slide)

  • lilin/ krayon
  • warna air.
  • kertas lukisan
  • berus lukisan
  • palet
  • pensel.
1.    Murid mengenal pasti alat dan bahan yang sesuai untuk membuat corak berulang menggunakan lilin/ krayon.
2.    Murid melihat demonstrasi membuat corak berulang menggunakan lilin/krayon yang ditunjukkan iaitu:
  • Melukis corak berulang pada kertas lukisan dengan menggunakan krayon.
  • Mewarnakan corak menggunakan warna air.
ABM:
slide presentation

BBM:
·   lilin/ krayon warna air.
kertas lukisan·     berus   palet·     pensel.

KBKK:
Mengenal pasti kegunaan alat dan bahan.
Langkah 2
(15 minit)
Aras 1
Membuat lakaran objek di atas permukaan kertas lukisan menggunakan pensel.
1.    Murid melakar corak berulang bermotif bunga pada kertas lukisan menggunakan pensel.
ABM
·     kertas lukisan
·    pensel
Langkah 3
(10 minit)
Aras 2
Membuat lakaran lilin/krayon di atas lakaran asal.
        Murid membuat lakaran lilin/krayon di atas lakaran asal corak bunga.
BBM
·     krayon/lilin
Langkah 4
(13 minit)
Aras 3
Mula mewarnakan lakaran corak berulang yang telah dibuat dengan  menggunakan warna air.
        Murid mewarnakan lakaran corak berulang yang menggunakan krayon dan menyapu permukaan kertas lukisan dengan warna air.
BBM
warna air
berus lukisan
Penutup
(5 minit)
Kekemasan

Membuat kekemasan terakhir dengan menambah objek-objek lain di permukaan lukisan.

Sesi Apresiasi dan Refleksi.
1.    Penerapan hasil           kerja.
2.    Rumusan 
3.    Penerapan nilai
1.    Murid dapat menilai keupayaan sendiri semasa menghasilkan lukisan.
2.    Murid yang dipilih oleh guru akan menceritakan hasil kerja yang dihasilkan.
3.    Menerapkan nilai kebersihan.
  
BBM

Contoh lukisan murid yang telah disiapkan.

TKP:
Verbal-linguistik.

NILAI:
Kebersihan.


No comments:

Post a Comment